BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, June 27, 2010

PENGORBANAN VS BERHALA !!!


Berkorban apa saja...
Harta atau pun nyawa...
itulah kasih mesra...
sejati yang mulia.
..

Lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee...sedap..Banyak maksud yang boleh diungkapkan...

Sebelum itu ... Hai blog...Lama sungguh kita tak bersua..kenal tak sapa ni?haha..
Yenade Tokie...Mana Kau menghilang hah?? Hantar post je terus nak nyanyi...PODDAH!!!huhu


K...Jom kita focus topik kita pada kali ini(macam skema je...ah ..peduli apa..haha)

Apa itu Pengorbanan??
Apa itu Korbankan??
Apa itu berkorban??

(imbuhan je beza kot!!)

Aku nk quote balik apa yang ustaz kat surau rumah aku tu cakap..

" Bagaimana untuk kita pecahkan "berhala" pada hati kita?"

What??!! pa dia yang ustaz cakap nih...

mmm,,,memang benar kita tak sembah berhala. Memang benar kita mengaku tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan kita juga mengaku bahawa Nabi Muhammad S.A.W itu pesuruhNya.

Tetapi...Kebanyakan kita pada hari ini...

Ada ilmu, tapi tidak mahu amalkan.....
Ada mendengar perkara yang baik, tapi tidak mahu amalkan...
Ada bercakap perkara yang baik, tapi tidak mahu amalkan.....

Lebih menyedihkan lagi ...ada ilmu . Tapi enggan untuk berpesan2....
Plus, riak, takbur, pentingkan kedudukan, hasad dengki,...bernanah dalam hati nurani...


Inilah "berhala" yang sebenarnya terletak pada hati kita. Mungkin bahasa itu agak kasar, tetapi..itulah hakikatnya. "Berhala" itulah yang menyebabkan kita semakin hari semakin jauh dari yang Maha Esa..

Thus, bagaimana nak pecahkan "berhala" ini??

Tak kan nak ambil tukul besi, pastu ketuk dada hang pa sampai tembus dalam hati, baru berhala tu pecah!!!gilo ka apa ko tokie!!

Haa...Itulah yang dinamakan PENGORBANAN.
Dengan pengorbananlah kita mampu pecahkan berhala itu. Laksanakanlah perintahNya serta mengamalkan sunnah Rasulullah S.A.W

Kalau kita imbas kembali, pada zaman Rasullullah S.A.W, Para sahabat pergi ke China, Jarak perjalanan sangatlah jauh.Mana ada bullet train,kapal terbang besi dan yang sewaktu dengannya..Yang ada, binatang bermata lentik iaitu unta,huhu,,,serta kuda yg berlari pantas..hee...Plus, para sahabat sebelum itu tidak mengetahui apa itu bahasa kantonis ,mandarin n lain..Namun,berkat pengorbanan Rasulullullah s.a.w dan merekalah, Islam berjaya berkembang di China. Malah seantero dunia.Subhanallah!!

Kalau kita lihat pada situasi sekarang.(untuk aku juga tidak terkecuali)
Dalam kehidupan seharian. Kadang2, kalau dah leka buat sesuatu, contoh tengok tv ka an, Nak2, ada perlawanan siaran langsung perlawanan badminton All England or match football world cup, or euro cup, or apa2 yang cup lagi kat belakang tuh..Apabila tiba masa panggilan Illahi,,Tu dia..liat sungguh badan ni nak ambil wuduk dan menhadapNya.. Ya, memang kita jawab azan...kita senyap bila dengar azan. Kononnya inginnya menghormati panggilan Illahi. Tapi, bila habis ja azan. Kita still tengok game tu. "ah....waktu solat still ada lagi. Iklan nanti aku solat la. Ha tu dia..kalau iklan lagi setengah jam??..Walaupun kita sedia maklum apa akibatnya jika melewatkan solat. Astagfirullahalazim...

Itu membohongi diri sendiri namanya .Penting sangatkah tengok orang main baling2 or sepak bola daripada menghadap Allah..

ha....praaapppp terkena kot kat muka aku..haha. Jujur ar..kalau dah leka tu..memang melekat ja dok depan tv.. Ni antara kandungan ceramah ustaz tu
Renung2kan...Buang yang keruh,ambil yang jernih, barulah teguh, peribadi.:-)

Sabda Rasulullah S.A.W .
Hidup ini diibaratkan sebagai seorang pengembara yang sedang belayar jauh, sambil bertongkat dalam munuju perjalanan ke suatu destinasi yang abadi.


Untuk sampai ke sana, kita memerlukan bekalan..bagaimana???
Kesabaran dan ketabahan dalam melakukan pengorbanan. Kembalilah kepada Al-Quran dan AL-Sunnah. Letakkan duniawi itu hanya ditapak tangan, dan bukannya di kaki..

Sentiasa muhasabah kerana ia merupakan cerminan diri.:-)