BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, July 12, 2012

10 wasiat Hassan Al Banna

1.Apabila saudara mendengar azan, maka bangunlah sembahyang serta merta walau bagaimana keadaansekalipun.
 2.Bacalah al-Quran, atau tatapilah buku-buku, atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik ataupun amalkanlah zikrullah, dan janganlah sama sekali saudara membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tidak berfaedah.
3.Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab yang betul; kerana Bahasa Arab yang betul (itu, adalah satu-satunya syiar Islam).
4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong itu tidak memberi sebarang apa pun jua kebaikan.
5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
6.Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7.Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh para pendengar kerana percakapan yang nyaring begitu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
8.Jauhilah daripada mengumpat-ngumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.
9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudara Ikhwan Muslimin yang saudara bertemu dengannya sekalipun ia tidak meminta saudara berkenalan; kerana asas gerakan Dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.
10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita; oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak mengguna masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri maka ringkaskanlah pelaksanaannya.

Tuesday, July 10, 2012

yakin vs risau

Hi blog..lama dah tak  bertegur sapa dengan kau cik  blog...tup2x...sem 5 dah..BLS kat shah alam..memang menimbulkan 1001 kenangan manis pahit payau masin.  Ceh tulis blog ni macam dah habis LLB pulak. =p

For the first time in my life, musim peperiksaan kali ni memang benar2 mencabar tahap cipanzi mati kene langgar lori... Gap antara paper sikit gila..2 hari ja..ni last paper ni x da gap langsung...sabar je la... semua subjek  baru, dan law paper semua..memang masa study week n time waktu kelas dulu2 pun x sempat study cos sibuk dgn projek paper aka thesis...kalau dulu ada bel,koko,ctu ..boleh ar bernafas sikit ...sekarang,semput~sabar2x...(ok dh termengeluh kat sini...ceh!)

Dan bila exam ni..mmg dunia bertukar 360 darjah,,,cik library setia menunggu kedatangan ku dengan beg galas besaq menanti kehadiran kanak2 riang belajar...kali ni mmg tak sempat nak study macam slalu dah...tidur belum tentu beralaskan bantal...baring belum tentu beralaskan tilam...pukul 4.00 pg masih celik...(mungkin~ ceh padahal bangun tidur bangun tidur!=p)tapi still x habis juga study semua chapter....target mana yang tercapai je...hmm(ok memgeluh lagi)

suasana di dewan exam...ngantuk..dua paper terlelap dalam beberapa minit..haha...malam exam x pernah aku tidur lewat  ,sbb kali ni mmg  byk soalan x dapat jawab dgn baik;'( sedih memang x yah cakaplah..asyik buat in decided case je...kes orang cina ni mmg payah la nak igt nama sebab lebih kurang je...kau org cina selalu buat kes kenapa!payah aku nk hafal nama kau(haha tetiba racist)!hajat di hati untuk x mau byr ptptn dan  ditukarkan pada biasiswa mcm  payah je bila mengenangkan result yang bakal dilihat nanti...Ya Allah,,Kau maha mengetahui apa yang terbaik utk hambaMu...Aku redha dgn segala ketentuanMu...doa sebagai senjata...yakin!!!!

Hari ni=) paper yang mengembalikan kesenyuman,keriangan semua org especially untuk students kelas d n e sebab soalan memang keluar sebijik2 mcm madame ckp...walaupun paper ni yang paling aku x yakin dan paper ni yg membuatkan aku menangis masa study,(haha tak macho langsung) alhamdulillah..dapat jawab juga...terima kasih miss umi...terima kasih sahabat2 smua yang selalu tolong aku dikala susah senang....oh international law i luv so much muaahh!!!=D

just would like to share...semalam masa menangis, cek try tengok sat ayat2 cinta Allah masa tgh tenangkan diri...terus terbuka surah al fath..ayat 3 dan 4..segala kesedihan ini terjawab,;')...

dan agar Allah menolongmu dengan pertolongan yang banyak. (48;3)
Dia telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin untuk menambah keimanan keatas keimanan mereka. Dan milik Allah bala tentera langit dan bumi, dan Allah maha Mengetahui,Maha Bijaksana...(48;4)..

yang penting,,,yakin dgn pertolongan Allah..selama ni ,just dgr mawaddah cakap je time berbulatan gembira...tapi bila dapat rasa...yaAllah nikmatnya....!cume,manusia ini kurang bersyukur...kita selalu mengeluh kita x dapt jawab soalan dgn baik, sedangkan byk Allah dah tolong kita utk selesaikan soalan2 yang kita dah dapat jawab tu..kita selalu risau berapa markah yang akan kita dapat time result nanti...sedangkan Allah yang gerakkan hati examiner utk bagi markah pada kita...maka jadikanlah exam ini sebagai alat utk kita lagi dekat dgn Allah...InsyaAllah...

Antara risau berapa yang bakal kita dapat masa keluar result exam  nanti .. atau risau apa keputusan yg  kita dapat nanti di akhirat sana..syurga atau neraka...mana yang lebih risau...;'(




Wednesday, June 6, 2012

Oh hati

Aku nak itu
Aku nak ini
Semua nya aku nak
Adakalanya kita terlalu inginkan itu dan ini
tapi kita lupa apa yang Dia mahu..

Wahai hati pujuk lah diri
bermujahadah itu amatlah payah
kerna syurga itu indah
Tatkala iman mula goyah
Nafsu bermaharajalela
hati kusut berserabut
kosong....kosong...kosong....

Tuhan...ku insan lemah
kerdil hina..
di saat ujian bertimpa-timpa
hati ini kadangkala tertanya
mengapa aku..mengapa aku..
kenapa aku tidak begini..
mengapa aku perlu begitu..oh Tuhan kau kejamkah!!!
Astagfirullah ..tatkala hati
selalu hilang pertimbangan...
diberi akal kurang berfikir...

Di saat ku gelap..
Kau berikan cahaya..Cahaya itu!
cuba untuk kugapai..adakalanya hilang
atau mungkinkah diri ini
yang menjauhi.....
Oh Tuhan...

Izinkan ku menggapai cintaMu...
Tatkala diri ini memang tidak layak~
Dosa  debu bertaburan...
Dosa semalam penambah yang lama..
Aku pencacai yang hina...
sudahlah pencacai banyak dosa pula....

Oh Tuhan..
apakah amalan yang mampu untuk ku persembahkan padaMu kelak...
Peluang yang kau beri berhari-hari..
memang selalu aku persia...
Berikan ku peluang sekali lagi..
Untuk ku perbaiki diri...
Menjadi abid yang sentiasa meletakkan Mu
di hati ini...

Cukuplah Dia bagiku...;'(






Friday, July 29, 2011

selalu terlepas pandang..



Lama tak post blog.=) Ok,nak straight to the point la.=)

Yes, mesti sebelum ini kita belajar atau mendengar atau melihat dari mana2 sumber, pasal kalau dengar azan, jangan bercakap. Nanti mati susah nak mengucap.Tapi , perkara macam ni selalu terlepas pandang. Kadang2 masa azan, still juga nak bercakap. Walaupun cakap slow2 hanya orang sebelah je boleh mendengar,tapi still dikira sebagai bercakap kan. Yang menulis ni pun memang tak terkecuali. Kadang2 time meeting,or time ada perkara penting yang nak disampaikan,bila dengar azan,still juga nak bercakap walaupun x sederas mana. Astagfirullahalazim.. Ya Allah hambaMu ni sering alpa, lemah dan hina ya Allah. Ampunkan dosaku ; -( so sahabat2 diluar sana. Sama2lah kita berpesan2 antara satu sama lain. Kalau dengar azan, hormatilah and if nampak sahabat kita tu still bercakap,tegurlah dengan cara berhemah k. Dan yang lebih baik,ambil wudhuk dan terus mengadap yang Maha Esa. SubhanaAllah.=)


Sahabat2. =) Mati itu memang pasti cuma kita tak tau bilakah masanya. Kalau kita pikiaq balik dan renung kembali ,ada orang yang nazak dan ajalnya sudah pun tiba,sifulan bin sifulan tak dapat kata apa2, lidahnya kelu dan hanya mimik muka menahan kesakitan sakaratulmaut..Allah~jauhkan kami seperti itu ya Rahman..;-(


Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "HENDAKLAH KAMU MENDIAMKAN DIRI KETIKA AZAN, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya." .Sudah terang lagi bersuluh bukan?


Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri sejak dari tadika lagi an. Why not azan kita tak leh diamkan diri.Nampak simple je kan tapi mende ni susah untuk kita nak istiqamah. Ini untuk peringatan si penulis blog ni juga. Ya Allah,sungguh takut rasanya jika Kau kelukan lidah ini hingga tak termampu berkata kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah, dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

So,ayuh sahabat, kita hormat azan dan mohon pada Dia supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal a'lamin.."

Monday, July 11, 2011

OH Ledang..

OK ALHAMDULILLAH..SYUKUR..

PERSIS N LEC HABIS DAH DENGAN JAYANYA..
Banyak yang aku dapat belajar dalam kedua2 program ni...
Moga dapat aku aplikasi kan dalam kehidupan seharian..
untuk menjadi manusia yang lebih matang..
dAn hari2 selepas kejadian berasa sungguh pelik..
bila tiba2 kau rasa sangat senang lenang..
macam x da apa2 yang nak dibuat..
XSUKA keadaan macam ni..
Rasa macam x da contribution langsung terhadap diri sendiri..
Dan cuma mengikuti perkembangan BERSIH dari jauh..
manusia itu tidak sempurna.yang hanya sempurna hanya Dia...
EH..padahal asgmnt kawan bik sikin x selesai lagi..
so kene siapkan hari ni gak..!!YEAH!!!

TAPI..adoi jumaat ni...LEDANG MARI!!
Nervous ah..dah la x training apa2 langsung..
naik tangga pun dah tercungap..
plus lepas lec qadha makan segala apa yang ada..
rezeki mencurah2 ke ladang gandum..alhamdulillah..
Depa cakap 10 kali ganda dari Broga..
oh tidak..tawakal je la...
kALau depa boleh buat,awat aku x leh..
bak kata danial adik kesayangan aku..
senang macam kacang...ha!!!
jawapan nak sedapkan hati.

harap2 smua berjalan lancar..
Ya Allah izinkan hambaMu ini menggapai keindahan alamMu..
Menghayati kebesaranMu..
Jangan kau biarkan hati ini gentar dengan mahluk ciptaanMu..
amin...ya Rabbal a'lamin...




Sunday, June 5, 2011

lesen3x


Bila aku fikir balik. Kalaulah masa boleh berundur. Nak je aku betulkan balik perkara yang x sepatutnya berlaku. Sampai sekarang aku x dapat lesen kereta n motor yang sangat idam2kan. N sampai sekarang aku rasa macam selalu menyusahkan orang sebab kene bergantung kat orang untuk bawa aku kemana2 . Tapi keadaan memaksa walaupun TAK pernah rela.


PUBLIC TRANSPORT3X..KTM,bus,LRT,MONORAIL. Apa je yang x pernah aku tak naik. Semua pernah beb. Berhimpit-himpit di celah2 manusia tu memang aku dah biasa tapi kadang2 memang boleh hilang sabar bila orang senang2 je tolak kepala kau n himpit kau ibarat kau x pernah wujud kat situ. Saiz aku yang kecik memang banyak membantu aku menyelit di celah kepadatan manusia tapi bila time dah sesak sangat tu, nak bernafas pun susah. Kalau delay tu x yah ckp la. Sampai sekarang peristiwa yang bernanah kat hati aku(ceh ayat x boleh blah)..gara2 delay..pukul 12.30 mlm baru aku sampai rumah pulang dari kerja kat MPH MIDVALLEY sebab ktm lambat gila macam siput bin sedut. Dah la sorang2. Jiwa kental beb...;-p..

Kadang-kadang seronok tengok member2 seangkatan naik kereta sendiri pastu bawak member2 lain ronda2. Bukannya x pernah ambil lesen.. Pernah tapi sampai L je sebab duit aku x cukup nak tampung yang selebihnya sebab pakai duit PLKN je masa tu .Aku x pernah salahkan mama n abah sebab diorang memang offer aku ambil lesen guna duit diorang tapi aku yang ego nak guna duit sendiri. Keluarga aku bukan senang , daripada hantar aku gi kelas memandu, better bagi adik2 aku makan, tampung study depa. Masing2 masok hostel n universiti, memang pakai banyak duit. So, bila duit x cukup, aku kerja la 7E...pengalaman yang beharga dan ada kalanya memeritkan ku telan jua. Bila shiff malam sampai pagi, 11 MLM sampai 7 pagi . Dunia kau berputar Pagi jadi Malam. Then, masa tu aku jahil sangat2 yang even ko terlibat dengan jual beli arak pun, ia dikira haram. So aku kerja 1 setengah bulan je la. Bila dapat gaji tu rasa macam nk sambung balik ambil kelas memandu sebab dah memang lulus ujian komputer tu, tibe2 dapat tawaran uitm...So tersekatlah di situ...


Kat Uitm kedah, member2 ada cadangkan supaya persue je ambil lesen kat kedah sebab murah. Tapi bila aku catur balik makan minum aku dgn duit biasiswa if aku used that money for the matter, memang x cukup la kan. Tersekat lagi aiseh. Even ikat perut pun x leh. Time cuti sem aku kerja kilang daging area rumah aku ni pun hanya cukup untuk tampung duit belanja masa aku kat kedah .Tiket bus lagi wah. Nak mintak duit kat mama abah memang segan la kan. Tu la tokie ego!! ! PADAN muka Kau! tutp3x...dah genap 2 tahun. Memang mati habis la lesen L aku tu. So kalau nk start balik, kene mula dari awal..CEH

hmm..sejarah tak mungkin berulang. Sekarang cuti 4 bulan aku nak ambil lesen pun still x leh sebab byk program kat fakulti..Yang mampu aku buat utk menampung duit sewa rumah plus mkn2 skit kat rumah tu , dengan buat assigmnt mak cik aku. Thanx bik bagi 150 ringgit utk 1 asgmnt...Alhamdulillah. rezeki mencurah2 ke ladang gandum.;-)

Yup, memang untuk kau ambil lesen senang je if ada duit dalm poket kau . N aku x pernah salahkan takdir sebab masing2 ada rezeki masing2..hidup dalam keluarga yang bukannya senang memang ajar kau banyak perkara tokie...be strong n selagi ada public transport kat malaysia ni..kau gunalah..(ayat sedapkan hati,walaupun kadang2 mcm nk tendang2 ktm ni awat penuh sangat n slow).. N to pihak yg bertangunggjawab, tolonglah baiki sistem public transport kat malaysia ni. Orang2 yang kurang mampu macam aku ni yg x ada lesen apatah lagi transport sendiri memang bergantung hidup kat public transport. Takkan nak tunggu PM naik public transport baru elok servis korang nak bagi . X fair la.. someone who is somebody is still nobody before. So x yah nak tengok pangkat sangat lah.(ayat memang emo_;-p).

dAh la tokie..ko membebel byk pun x kan berubah apa2. continue je life ko dgn jiwa yg kental beb. Ingat kata kak umai aka akak usrah aku. harta yang ada ni x kan bawa kemana2. yang penting amalan kebaikan yg kau buat. Allah memang bagi ujian kat hamba2 Nya mengikut kemampuan masing2. Jangan rasa masalah tu cukup besar sebab kita ada yang MAHA BESAR LAGI MAHA BERKUASA yang mampu mengatasi masalah tersebut..Syukran ya Rabbi..I'M PROUD TO BE A MUSLIM..;-)


Friday, May 6, 2011

cuti sem bukan untuk saya tapi kamu..alhamdulillah...

YES BERAKHIR SEMUA PAPER EXAM....
DETIK 5.15 petang semalam mmg dinantikan oleh setiap insan2 part3 LAW BLS UITM SHAh ALAM..

Alhamdulillah....paper SOGA semalam memang sejibik soalannya dengan past year paper....
sekarang berserah sahaja pada yang Maha Esa..hidup perlu diteruskan..after exam...aku, nazirah, ezy,hani,hajar,lydia , n farah...pi jusco,..tgk midnight movie...cerita Thor..pecah panggung wokk.!!!..best2..ahah...then pi uptown section 24....sesat kot masa nak pi tu...ntah macamane leh sampai ke klang utara ambik kau!!..haha...xpe..besar hikmahnya tu...boleh borak2 lama ngan korg....lama kan x
spent time sama2...kelas dah lain2..mmg jarang sgt2 jumpe...thanx korg sudi ajak aku kuaq..haha(ayat touching je lebih).....pukul 2.30pg baru kau balik tokie...Allahuakbar anak dara ni!!!!haha..well...kan cuti ...YES!!!tapi..........mlm semalam je...bukan esok..esok..dan esok..

[yeah..hero dalam filem ni...badan kental gila...takut mak...~~]/.haha




















Kepada kawan2 ku di luar sana yang sudah pulang ke rumah..selamat bercuti kalian semua...
jangan lupa wish hari ibu ahad ni walaupun kita tau hari-hari adalah hari ibu...;-)Selamat hari ibu mama...sorry ika x dapat balik nak wish mama...handphone pun rosak x boleh nak main msg ngan mama macam selalu...boleh jawab call orang je...alhamdulillah..still berfungsi(ceh padahal dalam hati kadang2 memang nak baling gak la hp tu kan...haha)...sorry mama...x dapat beli hadiah untuk mama dengan adik nial kat mines macam tahun2 lepas....sob3x...xpe...lepas hari ibu ika beli hadiah ok...kan hari2 ...hari ibu..;-)


Cuti sem ni..ah...rancang memang nak kerja!!nak kerja cari duit macam selalu...tapi3x..xpela...tanggungjwab kau sebagai student lagi penting..yes...teruskan perjuangan hidup kau dan timba pengalaman sebanyak mungkin.....Kepada kawan2 SCLC...bersama2 kita buat and siapkan kertas kerja untuk program sem depan ...Jangan lupa... Allah itu Maha Perancang yang Maha Terbaik...berdoa kepadanya ..Moga dilancarkan segala urusan kita..;-)InsyaAllah..CHAIYOK!!!3X

Program ketika cinta berusrah..;-)thanx kak umai sudi ajak tokie...insyaAllah...start 13 mei ari bulan.. tokie try dtg k...program 15 ribulan tu cancel kak...so leh ikut program akak smpai abis yes!!! ni pengalaman pertama aku ikut daurah...izinkan ku menggapai cinta-Mu...

















Legal explorace kem..mean, freen, sab, elina, adi, and yang lain2....we need to work hard...ni projek besar kita...betulkan niat...InsyaALLAH...moga matlamat kita tercapai utk berkongsi ilmu ngan adik2 tingkatan 4 dan 5 nanti...ikhlaskan hatimu...Moga saham akhirat dapat kita terima kelak..insyaAllah...

Gunung Ledang...Ya Allah..tiada kata secantik bahasa yang dapat ku ungkapkan...memang dari dulu lagi target sebelum umur 25 tahun, memang aku nak jejak kaki kat gunung ledang..peluang yang ada x kan aku lepaskan...dah la bayar murah..RM60 untuk seminggu!!!thanx GPMS!!!..alhamdulillah lepas interview...tibe2 tanye pasal politik..haha...papaje la..;-p...Allah...izinkan ku menikmati keindahan ciptaan Mu di atas sana...jika sebelum ini aku hanya mendengar adikku firdaus bercerita tentang pengalamnnya ..melihat foto2 di puncak gunung..izinkan ku Ya Allah...menimba sedikit ilmu bersama sahabat2 lain...berikan kepada kami kekuatan untuk mendaki di atas sana...jangan kau gentarkan kami dengan mahluk2 lain selain daripada Mu...Hanya kepada Kau tempat kami bergantung....Allah~~


[insyaALLAH....moga aku dapat jejakkan kaki disana....15/6 tarikh azimat!!!!gambate kudasaeh!!!!]

Sahabat...selamat bercuti!! dan yang akan bekerja...jadilah pekerja yang cemerlang,gemilang dan terbilang....!!haha...thanx bik sikin bagi ika kerja wat asgmnt bik..ika faham situasi bibik nak jaga maman kat hospital,..ika boleh buatkan..thanx bik bagi sedikit wang gaji..hihi....at least leh bayar duit rumah sewa dengan duit tu...yepeeeee.....(suke kau kan!!)...;-p