BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, November 2, 2009

Meh sini baca......meh2x..:-)






ASSALAMUALAIKUM W.B.T....


lame x post blog ..ader keje skit yang perlu dibereskan..mm...baru2 ni..aku ader la dengar ceramah kat surau berdekatan umah aku ni...best..tok imam tu dari kelantan...kecek kelate pekat huh...alhamdulillah...aku yg jowo pure ni paham la gak...ceramah tu lepas isyak..habis dlm 9.45mlm mcm tu..then jemaah dijamu nasi kerabu..waaaa....sedap meh..haha...



tapi tu semua x penting...yang penting isi kandungan ceramah tu...mantop!!!



ceramah tu psl 4 ganjaran yang diberikan oleh Allah kepada hamba-Nya yang bertaubat...


Sebut je pasal taubat ni an..haih..kadang2 ,,kita yang muda2 dan masih sihat ni,,ada yang terdetik hatinya...ahh.!!..aku muda lagi..buat apa nak bertaubat...nanti lepas taubat..buat dosa balik...lebih baik x yah..lagipun...hidup lama lagi...kita enjoy ar dulu..banyak menda lagi nak kejar...dunia-dunia...dah tua esok..baru ar kita patut insaf,,,fikir pasal akhirat plak..hmm...
Renung2kan..Aku pun hambaNya yang kerdil lagi hina ni...memang pernah terfikir sampai macam tu sekali..astagfirullahalazim...kadang2 tuntutan duniawi membuatkan kita lupa siapa pencipta kita..Allah nak tarik nyawa kita ni, bila2 masa je...sama2 lah kita muhasabah diri..moga amalan yang kita lakukan sebelum ini diterima..amin...

k, let's us straight to da point.. 4 ganjaran yang Allah akan berikan kepada hambanya yang bertaubat adalah


1) Allah akan melepaskannya daripada dosa seolah2 tidak pernah berbuat dosa..


Means that taubat yang kita buat tu, mestilah taubat yang betul2....taubat nasuha...hati tu..benar2 "solid"...x mau buat salah dah..sbg contoh...kalau tang tgh berzikir smbil pegang tasbih tu...tapi dalam kepala ni sbok dok pikiaq menda lain..pasal exam ke, politik ar, mak masak ape la lepas ni, movie ape plak yang besh this week,,.manchaster u lwan arsenal spe yg mnang mlm ni la...haha..tok sah nak dok berangan2 dpt ganjaran daripada Allah..sama2 kita fikirkan...istiqamahkah kita dalam mengekalkan hati kita supaya kekal "solid".chaiyok3x!!!!


Even Rasulullah pun, maksum, x pernah buat salah..tapi sering bertaubat..paling kurang pun,,nabi beristigfar sebanyak 70 kali..tapi kita yang banyak buat salah ni...aku pun x terkecuali dan apatah lagi..x ketinggalan melakukan dosa2 besar..dosa2 kecil tok sah nk cakap ar...hurmm....kalau berzikir pun , mesti lepas solat je..tu pun kalau rajin...tapi bila tengah kejar masa tu...habis je solat..baca doa skit2..pastu blahh...astagfirullahalazim...sama2 kita renungkan...peringatan untuk aku terutama sekali.. now, we move to second point...

2)Dia akan dicintai oleh Allah s.w.t...

Best giler kan kalau Allah sayang dan cinta kat kita...Tetapi,,layakkah diri ini untuk dicintai oleh-Nya..sedangkan setiap hari sentiasa bergelumang dengan dosa ,sama ada sedar atau tidak...layakkah?? Jom muhasabah diri sahabat.... kalau Allah sayang kat kita an..nescaya bahagialah hidup kita dunia dan akhirat...

Tak kisah lah kalau orang x suka ke, x sekepala ke,cakap poyo nak tunjuk baik ke, perli or ejek ke an, sehinggakan kadang2 terasa keseorangan tiada siapa sudi nak berkawan, Tapi jika Allah cinta pada kita kerana bertaubat dengan bersungguh2, kebahagiaan tetap mendampingi kita dunia dan akhirat...bagaimanakah untuk mendapatkan cinta Allah?

sebagai contoh..

huhu...ader ar mamat ni..name die Aiman(xde kene mengena antara hidup atau pun yg sudah meninggal dunia, huhu)..die ni ader ar terminat kat sorang gurl ni..namanya peah (x komersial kot nama ni,,haha)..Peah ni suke gila tahap cipanzi ar kat color pink ..apa2 pun mesti nak kaler pink gak...xkira!!hehe..then,aiman ni..sanggup melakukan apa sahaja, bila jumpa Peah je, msti pakai baju color pink, or ape2 yang bewarna pink bagi menarik perhatian Peah ni..lelaki pakai baju pink.?..sometimes sweet but sometimes nampak macam tuut...ahhaha..lu pikir ar sendiri.


Sama jugak dalam kes ni..kalau nak bagi Allah cinta and sayang kat kita...Kenelah buat apa yang Allah suruh..rajin2lah buat sunnah nabi...haha...tetibe aku teringat satu kisah lawak tapi benar ni...kes poligami...berkata isteri kepada suaminya sambil menangis teresak2,,"abg, sampai hati abang menduakan saya,..kenapa abang buat saya macam ni..?"..jawab si suami "abang ikut sunnah nabi..tapi ada 2 lagi kosong...cukup bulan abang tambah lagi yer"haha..ewahhh...tang kahwin leh lak nk ikut sunnah nabi yer, tang puasa sunat,tang sunnah nabi dalam kehidupan seharian..xnak pulak diamalkan..x berhajat untuk menyinggung hati mana2 pihak,,tapi, kalau si suami nak berpiligami gak,,pandai2 lah berlaku adil terhadap isteri2 nye..(fuh, xmo ar dapat suami kahwin ramai2 ni,:-)..huhu)...k, next point...


3)Terpelihara daripada gangguan syaitan

Jom sahabat kita sama2 refresh balik..kalau betullah kita ni memang btoi2 dah insaf..awatlah still kadang2 terkehel gak tersimpang kat simpang renggam...hehe..so, same2 kita renungkan....dan istiqamah dlm setiap amalan kebaikan...

Sesungguhnya Allah amat mengasihi mereka yang bertaubat dan juga amat mengasihi mereka yang menyucikan diri. (Surah Al-Baqarah: Ayat 222)



Sabda Rasulullah: "Apabila Allah menghendaki kebaikan kepada seseorang,nescaya ia bukakan kunci hatinya dan mengisikannya dengan keyakinan dan kepercayaan yang kukuh,Ia jadikan hatinya waspada terhadap liku-liku hidup yang dijalaninya,ia jadikan hatinya sihat sejahtera dan lidahnya bercakap benar dan perangainya lurus,dan Ia jadikan telinganya mendengar dan matanya melihat."

Last point is....




4)Diamankan rasa takut sebelum mati....

Apakah???

Apa yg aku paham daripada apa yg ustaz tu ckp ar an..mm...For person yang dh bertaubat..Hidup akan sentiasa tenang ja,,although ade problems ka..then,before sakaratulmaut...Allah akan utuskan malaikat untuk memberitahu khabar gembira kepada mereka2 yang suci hatinya nih...so,, bila meninggal dunia pun..muka si mati ni cool ja..sejuk mata memandang...waa....besh kan dapat mati macam ni...tapi layakkah aku..mmmm...





Riwayat Abu As Sheikh dari Abu Zarr :Apabila Allah kasihkan seseorang hambaNya ,Ia akan membuka hatinya menjadikan ia cinta kepada Allah,kemudian ia akan mempunyai keyakinan yang teguh. Dengan itu ia akan berhati-hati dalam hidupnya agar tidak terjebak dalam dosa dan terhindar dari penyakir hati seperti hasad,takabbur,ria, ujub, dendam marah dan sebagainya.Kesan dari ini ia akan bercakap benar sahaja.Seterusnya ia akan mempunyai mata yang dapat melihat dan memahami keagungan Allah;telinga yang cintakan nasihat yang benar.

Apakah kita mempunyai tanda-tanda kesyangan Allah ini seperti yang disebutkan oleh Rasulullah dalam hadis di atas.


So kawan2... marilah kita sama2 ingat-mengingatkan antara satu sama lain...aku pun kadang2 tersasar jauh di ufuk timur..chewah..bahasa x leh blah...





Kita sebagai manusia yang dok kat muka bumi ini memang x tidak dapat lari dari melakukan dosa kepada Allah. So, before we say goodbye( sebelum menghembuskan nafas terakhir )eloklah sempat bertaubat kepada Allah atas semua kesilapan dan ketelanjuran yang pernah dilakukan kepada Allah.




Dalam surah An Nur :31 Allah berfirman yang meksudnya, "Bertaubatlah kamu kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung (bahagia). Sesunguhnya Allah membuka tangan rahmatnya pada waktu malam supaya bertaubat orang yang melanggar pada siang hari ,,juga menghulurkan tangan kemurahannya waktu siang supaya bertaubat orang yang berdosa pada malam hari, keadaan itu tetap terus hingga matahari terbit dari sebelah barat."




Jadi BEFORE kita tidur bersulamkan mimpi2 yang indah,,...Eloklah kita bermuhasabah dan menangis kerana telah melakukan banyak dosa kepada Allah dan kepada sesama makhluk Allah.

Dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud, "Siapa yang bertaubat sebelum matahari terbit dari Barat maka Allah menerima taubat dan memaafkannya". Oleh itu janganlah tunggu hingga terlewat untuk bertaubat kepada Allah ..Renung2kanlah dan selamat beramal...Peace no war!!!:-))))






































7 comments:

Maisarah said...

Insaf ak rase...
kadang2 tu, kita dh mohon keampunan n bertaubat...tp, yelah kite ni 'manusia' yg berasal dr perkataan'nasiya' yg bermaksud lupa...
sering lupa pd janji kita dgn Allah dek krn terleka dgn nikmat dunia...
Astaghfirullahal'azim...Ya Allah, ampunilah kami dan rahmatilah kami semua...

Farid90 said...

Assalamualaikum
insaf..insaf..tapi susah nak konsisten, dapat jamin apa yang aku baca ni mesti hilang kelak..betullah kita ini pelupa..dan kadang-kadang buat lupa..perkara yang kita ingat ialah perkara yang kita suka atau tidak..

Az-Zahra said...

oh my dear fren..
dari start ija bc post ney sampai lah ke akhir, ija rse bersalah ttg satu bende ney yg ija minat and mmg rse bersalah sbb terlalu minat bende tue dan mmg susah nak buang. it's like a part of me already. fortunately, ija tk pnah tinggal prkare2 wajib sbb bende tue..just kdg2 terlewat solat sket. i feel guilty inside, but ..don't know how to say this..

it's all feelings kan..i'm giving excuses je..kalaulah ija lebih kuat..even otak pon tk mampu kawal hati. i love my brain, i hate my heart..

khaleeftunggal said...

huhu~
nice post la bro..
betul pe yg ko ckp tu..
knse slalu beringat..
uh,pintu taubat tu terbuka luas lagi ni..so,gunekan sebaiknye

kameraX said...

u're invited. new contest at http://kameraxburuk.blogspot.com/2009/12/giveaway.html

Anne Nazeeha said...

beslah bc! thx tokie!

syahirahlahmi said...

assalammualaikum
wah..bgus2 teruskan usaha..ske bace.. teruskan bakat mu wahai mujahid muda..sesungguhnya berkongsilah walaupun sepotong ayat..can't wait 4 da next post..=)